Gempa bumi sederhana landa Sulawesi
Satu gempa bumi sederhana sekuat 5.5 pada skala Richter dilaporkan melanda Sulawesi Barat pada sekitar jam 6.00 pagi tadi (waktu tempatan) selama 30 minit.
(Gambar: USGS)
INDONESIA: Satu gempa bumi sederhana sekuat 5.5 pada skala Richter dilaporkan melanda Sulawesi Barat pada sekitar jam 6.00 pagi tadi (waktu tempatan) selama 30 minit.
Pusat gempa dilaporkan terletak 12 kilometer dari Timur Laut Mamasa dan sedalam 10 kilometer.
Amaran tsunami bagaimanapun tidak dikeluarkan, lapor Tribunnews.
Gempa susulan dirasakan sebanyak tiga kali sejak beberapa kawasan digoncangkan dengan gempa sekuat 5.5 magnitud pada skala Richter itu.
Menurut media tempatan, perairan Bali turut dilanda gempa bumi sekuat 5.3 magnitud pada skala Richter pada sekitar 12.23 pagi (waktu tempatan). Gempa tersebut melanda pada kedalaman 20 kilometer barat daya Klungkung, Bali, lapor laman itu lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.