Gempa bumi sederhana gegarkan Kepulauan Talaud, Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada pagi Ahad (8 Mei).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa bumi pada pukul 10.29 pagi itu berpusat di 78 kilometer (km) tenggara Kepulauan Talaud pada kedalaman 28 km.
Penilaian awal jabatan mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.