Skip to main content

Dunia

Gempa bumi magnitud 5.4 landa barat Turki

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi magnitud 5.4 landa barat Turki

Gempa bumi menggegarkan perairan Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, pada 17 Julai 2025. (Gambar hiasan: iStock/Petrovich9)

Diterbitkan : 29 Sep 2025 03:13PM Dikemas Kini : 29 Sep 2025 03:14PM
ANKARA: Gempa bumi sekuat 5.4 magnitud melanda barat Turki pada Ahad (28 Sep), menggegarkan bandar Simav di wilayah Kutahya dan kawasan sekitarnya, menurut pihak berkuasa, lapor Anadolu Ajansi.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) menyatakan bahawa gempa itu berlaku pada pukul 12.59 tengah hari waktu tempatan (0959GMT) pada kedalaman kira-kira 8.46 kilometer.

Gegaran turut dirasai di wilayah berhampiran. Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita