Gempa bumi lemah landa perairan Batu Pahat
JOHOR BAHRU: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan berlaku di Perairan Batu Pahat pada 6.07 petang Sabtu (14 Mac).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.
“Gegaran mungkin dirasai di kawasan perairan Johor dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut jabatan itu menerusi catatannya di Facebook.
Mereka yang merasai gegaran itu juga diminta mengisi borang soal selidik melalui pautan ini https://forms.gle/UkEQsYd1bcQAN7A97.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.