Gempa bumi kuat gegar Sulawesi, Indonesia
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter melanda Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi ini (15 Jan).
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter melanda Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi ini (15 Jan).
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu dikesan pada kedudukan 143 kilometer (km) dari barat Palopo, Indonesia dengan kedalaman 27 kilometer.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.