Gempa bumi kuat gegar Haiti, dirasai hingga ke Caribbean, cetuskan amaran tsunami
Gempa bumi besar berkekuatan 7.2 skala Richter melanda Haiti pada Sabtu (14 Ogos) menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
(Petikan skrin: Google Maps)
PORT-AU-PRINCE: Gempa bumi besar berkekuatan 7.2 skala Richter melanda Haiti pada Sabtu (14 Ogos) menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gegaran kuat itu mencetuskan amaran tsunami dan dapat dirasakan hingga di seberang Caribbean menyebabkan orang ramai meninggalkan kediaman kerana bimbang bangunan runtuh.
Pusat gempa terletak kira-kira 160 kilometer dari ibu kota Port-au-Prince, pada kedalaman 10 km, memusnahkan bangunan sekolah dan rumah di bahagian barat bandar yang ramai penduduk itu.
Menurut USGS ombak setinggi tiga meter mungkin berlaku di sepanjang pantai Haiti.
Negara itu dalam fasa pemulihan dari gempa 7.2 skala Richter berdekatan dengan ibu kota 11 tahun lalu hingga mengorbankan lebih 200,000 orang dan mencederakan 300,000 yang lain serta meruntuhkan bangunan, menyebabkan banyak orang kehilangan tempat tinggal.
"Semua orang benar-benar takut. Sudah bertahun-tahun berlakunya gempa bumi yang begitu besar," kata Daniel Ross, seorang penduduk di kota Guantanamo, Cuba di timur, sambil menambah bahawa kediamannya tidak rosak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.