Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa bumi kuat 6.2 Richter landa utara Sumatera

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 melanda utara Sumatera, Indonesia pada 10.59 malam waktu tempatan pada Isnin malam (3 Apr), menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata gempa bumi berkedalaman 86 kilometer itu berlaku pada jarak 84 kilometer barat daya dari Padang Sidempuan, Indonesia.

Beliau berkata gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, katanya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur turut mengesahkan menerima satu panggilan berhubung gegaran itu daripada penduduk Pangsapuri Pudu Impian 1 di Jalan Cheras semalam.

Menurut jurucakap JBPM KL, sepasukan anggota bersama sebuah jentera dikerahkan ke lokasi untuk pemantauan dan pemeriksaan lanjut.

Semakan di laman sosial Twitter pula mendapati pengguna dari pelbagai lokasi turut merasakan gegaran malah ada yang mengongsikan tangkap layar amaran awal gempa bumi dari sistem Android.

Antara reaksi mereka ialah menyoal kesahihan insiden itu.

“Semoga selamat dan baik-baik saja bagi yang terkesan dengan gempa bumi itu,” ciap seorang pengguna akaun Twitter.

Seorang lagi menciap “Rumah aku dah lah tinggi, boleh rasa gegaran tadi.”
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan