Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa bumi gegarkan Jakarta, beberapa cedera, 130 bangunan rosak di Pulau Jawa

Sekurang-kurang 130 bangunan di sekitar Pulau Jawa rosak susulan gempa bumi hari ini (23 Jan), yang mengejutkan ramai pekerja di dalam bangunan tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi gegarkan Jakarta, beberapa cedera, 130 bangunan rosak di Pulau Jawa

Orang raai berhimpun di luar bangunan The City Tower susuli gempa 23 Jan. (Gambar: REUTERS/Beawiharta)

Diterbitkan : 23 Jan 2018 10:34PM Dikemas Kini : 23 Jan 2018 10:37PM

JAKARTA: Sekurang-kurang 130 bangunan di sekitar Pulau Jawa rosak susulan gempa bumi hari ini (23 Jan), yang mengejutkan ramai pekerja di dalam bangunan tinggi.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi dengan kekuatan lebih 6 magnitud, namun pihak berkuasa menolak kemungkinan berlakunya tsunami.

Menurut saksi, gempa itu menyebabkan ramai penduduk melarikan diri menuju sepanjang jalan Jakarta, sambil menunjuk ke arah bangunan berhampiran mereka. Stesen televisyen Metro TV menyiarkan laporan beberapa pesakit dipindah keluar dari sebuah hospital sebagai langkah keselamatan.

Pusat gempa dilaporkan terletak 104 kilometer (km) di barat bandar Sukabumi pada kedalaman 44 km. Jakarta terletak sekitar 100 km dari situ.

"Di Cianjur, enam pelajar cedera parah, manakala dua lagi cedera ringan selepas bumbung sekolah runtuh," kata Sutopo Purwo Nugroho jurucakap agensi bencana Indonesia dalam satu kenyataan.

Cianjur adalah sebuah daerah di wilayah Jawa Barat.

Menurut agensi itu, selain beberapa sekolah, lebih 130 rumah dan sebuah masjid di Jawa Barat dan Banten juga rosak dalam gempa tersebut.
Gegaran akibat gempa bumi itu dirasai sekitar 10 hingga 15 minit di jakarta, namun ramai penduduk mendakwa ia berlaku dalam tempoh lebih panjang.

"Saya dapat rasakan bangunan ini bergoyang ketika sedang duduk," menurut Rudy Togatorop, 35 tahun, kakitangan Kedutaan Chile. "Tangga kecemasan sangat sempit. Saya bimbang sesuatu akan berlaku."

Pada 2004, tsunami di Lautan Hindi mengorbankan 226,000 mangsa di 13 negara, termasuk lebih 120,000 di Indonesia.  

Sumber : Reuters/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan