Skip to main content

Dunia

Gempa bumi di Myanmar: Gegaran turut dirasai di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 yang melanda di tengah Myanmar hari ini (28 Mac) turut dirasai oleh sebahagian rakyat Malaysia terutama di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi di Myanmar: Gegaran turut dirasai di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang

Bangunan dalam pembinaan yang runtuh di Bangkok selepas gempa bumi kuat melanda tengah Myanmar pada Jumaat. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 28 Mar 2025 06:36PM Dikemas Kini : 28 Mar 2025 06:37PM
BUTTERWORTH: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 yang melanda di tengah Myanmar hari ini (28 Mac) turut dirasai oleh sebahagian rakyat Malaysia terutama di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Pengguna Facebook dari ketiga-tiga negeri itu berkongsi rasa terkejut apabila merasai gegaran kecil di kediaman masing-masing.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata pihaknya menerima dua panggilan terus ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth dan BBP Lebuh Pantai di George Town berhubung fenomena itu. 

Beliau berkata ekoran itu, pasukan bomba dan jentera membuat pemantauan di sebuah kolej swasta di kawasan Lebuh Pantai dan bangunan residensi di Butterworth.

"Pihak bomba menerima panggilan itu sekitar pukul 2.44 dan 3 petang ini, setakat ini semua dalam keadaan selamat dan tiada insiden tidak diingini berlaku.

"Hasil daripada pemantauan yang dilakukan oleh komander operasi didapati tidak melibatkan mangsa atau kerosakan pada bangunan. Hanya berlaku gegaran kecil pada bangunan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, seorang penduduk di Butterworth Ling Cheah, 32 tahun, berkata beliau sedang membasuh pinggan sebelum merasai gegaran kuat lebih seminit di pangsapurinya sebelum menarik kakaknya keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.

"Waktu itu ingat pening kepala tapi makin rasa gegaran dan terus heret kakak saya ajak turun kerana bimbang keselamatan kami, ini kali pertama saya rasa gegaran tersebut, memang takut dan terkejut sangat," katanya ketika dihubungi.

MetMalaysia berkata, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia susulan kejadian itu.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita