Gempa bumi 8.2 Richter landa Mindanao, Filipina, cetuskan amaran tsunami
Gempa bumi berukuran 8.2 pada skala Richter menggegarkan Mindanao di Filipina pada Isnin (8 Jun), menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).
Peta GFZ yang menunjukkan lokasi gempa bumi yang menggegarkan Mindanao di Filipina pada 8 Jun 2026. (Gambar: GFZ)
Gempa tersebut berlaku pada kedalaman 10 kilometer, menurut GFZ.
Sebelum ini, GFZ menganggarkan kekuatan gempa itu pada 7.3 magnitud.
Menyusuli gempa tersebut, Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat mengeluarkan amaran ancaman tsunami.
Agensi Seismologi Filipina pula memberi amaran berhubung ombak yang boleh melebihi ketinggian satu meter daripada paras air biasa.
Ia turut menggesa para penduduk di kawasan pesisir bagi beberapa wilayah di selatan Filipina agar segera berpindah ke kawasan yang lebih tinggi atau bergerak lebih jauh ke pedalaman.
Agensi geofizik Indonesia turut mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pesisir di bahagian timur laut negara itu.
Jepun juga mengeluarkan nasihat tsunami bagi beberapa kawasan di sepanjang pantai Pasifiknya.
Laporan lanjut akan menyusul.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.