Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa bumi 6.9 magnitud gegarkan barat daya Jepun, cetus amaran tsunami

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi 6.9 magnitud gegarkan barat daya Jepun, cetus amaran tsunami

Gambar: USGS

Diterbitkan : 13 Jan 2025 11:45PM Dikemas Kini : 14 Jan 2025 12:19AM
TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud awal 6.4 melanda barat daya Jepun pada Isnin (13 Jan), dengan amaran tsunami dikeluarkan bagi wilayah Miyazaki dan Kochi, lapor agensi berita Kyodo yang memetik kenyataan agensi cuaca Jepun.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) kemudian menyemak semula magnitud gempa itu kepada 6.9.

Gempa bumi pada 9.19 malam itu mencatatkan kekuatan 5 rendah pada skala seismik Jepun yang mempunyai maksimum 7, di sebahagian Wilayah Miyazaki, menurut JMA.

Tsunami setinggi 20 sentimeter juga dilaporkan di Miyazaki menyusuli gempa bumi berkekuatan 6.9 itu.

"Tsunami boleh melanda berulang kali. Sila jangan memasuki laut atau menghampiri kawasan pesisir pantai," menurut kenyataan JMA di platform X.

Sementara itu, turut dilaporkan tiada sebarang keadaan luar biasa dikesan di loji nuklear di Wilayah Ehime.
 
Sumber : Agensi berita
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan