Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa bumi 6.4 Richter gegarkan Kepulauan Kemadec, New Zealand

Anggaran Waktu Membaca:
 Gempa bumi 6.4 Richter gegarkan Kepulauan Kemadec, New Zealand

Bandar Auckland, New Zealand (Gambar hiasan: Dean Purcell/NZ Herald melalui AP)

PEUTERS: Gempa bumi dengan kekuatan 6.4 Richter melanda Kepulauan Kermadec, dekat wilayah utara New Zealand, menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pada Jumaat (28 Jan).

Gempa yang disemak semula daripada kekuatan awal 6.6 itu berada pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, sistem amaran tsunami AS menyatakan gempa itu dijangka tidak akan mengakibatkan tsunami.

Sebelum ini, letusan gunung berapi dahsyat di Tonga, negara jiran New Zealand mengakibatkan kerosakan besar dan dilitupi debu serta menyebabkan tsunami yang membanjiri pantai Pasifik dari Jepun ke Amerika Syarikat.

Sumber : Agensi berita/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan