Gempa bumi 6.1 skala Richter gegar Hokkaido di Jepun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Agensi Kaji Cuaca Jepun)
TOKYO: Gempa bumi sekuat 6.1 pada skala Richter melanda Hokkaido di utara Jepun pada Sabtu malam (25 Feb), menurut Kajian Geologi AS dan Agensi Kaji Cuaca Jepun.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa itu berlaku, yang menjejas bandar-bandar Kushiro dan Nemuro.
Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini.
Gempa itu melanda pada 10.27 malam waktu tempatan pada kedalaman sekitar 43km, menurut USGS.
Seorang pakar yang bercakap menerusi stesen penyiar negara NHK memberi amaran kepada para penduduk supaya berwaspada terhadap gempa susulan selama sekitar seminggu.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.