Gempa bumi 6 Richter landa Tonga

(Gambar: USGS)
TONGA: Gempa bumi berukuran 6 pada skala Richter melanda perairan Tonga di Pasifik Selatan pada Ahad (6 Feb).
Pusat gempa itu terletak pada kedalaman 180 kilometer, menurut Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC).
Tonga semakin mengalami gempa bumi sejak letusan kuat sebuah gunung berapi di dasar laut di perairannya pada 15 Januari lalu. Letusan itu turut mencetuskan gelombang tsunami.
Sejauh ini, hanya tiga orang disahkan terkorban dalam bencana alam itu tetapi beberapa kawasan penempatan penduduk, musnah.
Dalam pada itu, Tonga kini menguatkuasakan sekatan ketat bagi mencegah penularan lanjut COVID-19.
Lima kes koronavirus dikesan selepas kapal-kapal dan pesawat antarabangsa menghantar bekalan bantuan kepada mangsa-mangsa letusan gunung berapi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.