Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa bumi 6.5 Richter gegarkan timur laut Taiwan

Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda timur laut Taiwan pada Ahad (24 Okt), dengan penduduk melaporkan gegaran kuat dirasakan di ibu kota Taipei.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi 6.5 Richter gegarkan timur laut Taiwan

Gempa bumi melanda Taiwan pada 24 Okt 2021 (Peta: EMSC)

Diterbitkan : 24 Oct 2021 02:39PM Dikemas Kini : 24 Oct 2021 02:41PM

TAIPEI: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda timur laut Taiwan pada Ahad (24 Okt), dengan penduduk melaporkan gegaran kuat dirasakan di ibu kota Taipei.

Biro cuaca pusat mengesan pusat gempa di daerah timur laut Yilan, pada kedalaman 67 kilometer pada 1.11 tengah hari waktu tempatan.

Taiwan terletak berhampiran persimpangan dua plat tektonik di Laut China Selatan dan kerap mengalami gempa bumi.

Lebih 100 orang terbunuh dalam satu gempa bumi di selatan Taiwan pada 2016, manakala gegaran sekuat 7.3 meragut lebih 2,000 nyawa pada 1999.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan