Gempa bumi 6.2 Richter landa Sulawesi
Gempa bumi sekuat 6.2 pada skala Richter menggegarkan perairan Sulawesi Utara, Indonesia, sekitar 8.45 pagi tadi (10 Jul) waktu Singapura.

Gambar hiasan: Shutterstock
JAKARTA: Gempa bumi sekuat 6.2 pada skala Richter menggegarkan perairan Sulawesi Utara, Indonesia, sekitar 8.45 pagi tadi (10 Jul) waktu Singapura.
Agensi berita Antara melaporkan, gempa berlaku 112 kilometer dari barat daya bandar Melonguane.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia menyatakan gempa itu berpusat pada kedalaman 10 kilometer dan tidak berpotensi mencetuskan tsunami.
Setakat ini, belum ada laporan tentang sebarang kecederaan atau kerosakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.