Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa bumi 6.1 Richter gegarkan timur laut India

Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah Arunachal Pradesh di bahagian timur laut India pada awal pagi ini (24 Apr), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi 6.1 Richter gegarkan timur laut India

Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah Arunachal Pradesh pada 24 April.

Diterbitkan : 24 Apr 2019 08:08AM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 08:10AM

NEW DELHI: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah Arunachal Pradesh di bahagian timur laut India pada awal pagi ini (24 Apr), menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa itu berpusat sekitar 40 kilometer dari bahagian tenggara bandar Along dan 180 kilometer dari bahagian barat daya Itanagar, ibu kota wilayah tersebut.

Bencana alam itu melanda pada pukul 1.45 pagi (pukul 4.15 pagi waktu Singapura).

Arunachal Pradesh merupakan wilayah dengan jumlah penduduk yang paling rendah di India, dengan lebih 1.2 juta penduduk.

Agensi berita China, Xinhua, melaporkan bahawa gegaran gempa bumi itu dapat dirasakan di Tibet, yang terletak berhampiran dengan wilayah tersebut.

Menurut USGS, bencana alam itu "tidak mungkin" menyebabkan kematian dan kerosakan harta benda. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan