Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa bumi 5.3 Richter landa Filipina

Anggaran Waktu Membaca:

ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter menggegarkan Filipina pada Isnin (19 Dis). 

Demikian menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi negara tersebut.

Institut itu memaklumkan bahawa gempa bumi itu melanda wilayah utara Abra pada pukul 5.06 petang waktu tempatan, lapor Agensi Anadolu.

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini.

Wilayah Abra mempunyai sekitar 250,985 penduduk dan menjadi sebahagian daripada wilayah pentadbiran Cordillera di negara Asia Tenggara itu.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter itu dilaporkan pada kedalaman 14 kilometer dari dasar laut.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan