Gempa bumi 5.2 Richter gegarkan Aceh
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock)
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan perairan barat Aceh pada Ahad (30 Mac), lapor Xinhua memetik Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG).
BMKG pada awalnya menganggarkan magnitud 5.4 sebelum menyemak semula kepada 5.2.
Gegaran berlaku pada pukul 9.58 pagi waktu Jakarta, dengan pusat gempa terletak 16 kilometer (km) timur laut Banda Aceh pada kedalaman 12km di bawah permukaan bumi.
Menurut Ketua Bahagian Mitigasi Gempa dan Tsunami BMKG Daryono, kekuatan gegaran dicatatkan pada tahap IV MMI di Banda Aceh dan Aceh Besar, III MMI di Takengon, serta II hingga III MMI di Pidie, Pidie Jaya dan Sabang.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan gempa itu tidak berpotensi mencetuskan ombak besar.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.