Gempa bumi 5.1 Richter gegar pulau utara New Zealand
Anggaran Waktu Membaca:
WELLINGTON: Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda daerah Waikato di bahagian tengah pulau utara New Zealand pada Rabu (4 Jan), menurut GeoNet.
Gempa bumi yang dilaporkan berlaku pada 5.30 pagi waktu tempatan itu menggegarkan kawasan yang terletak lima kilometer ke selatan pekan Te Aroha, pada kedalaman tujuh kilometer, dengan lebih 20,000 orang melaporkan merasa gegaran dalam masa satu jam, menurut GeoNet, lapor agensi berita Xinhua.
Ramai penduduk berkata gempa itu berasa "agak kuat" dan berlarutan "lebih 20 saat".
Tiada laporan mengenai kerosakan besar atau panggilan untuk bantuan setakat ini.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.