Gempa bumi 5.0 Richter gegar Selat Sunda
(Gambar hiasan: Frederick Florin/AFP)
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter melanda Selat Sunda, Indonesia pada pukul 12.24 tengah hari Rabu (10 Mei).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Mei memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 171 kilometer barat daya dari Bandar Lampung, Indonesia dengan kedalaman 10 kilometer.
Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.