Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 5.0 pada skala Richter gegar timur Turki

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi 5.0 pada skala Richter gegar timur Turki
(Gambar fail: BERNAMA)
Diterbitkan : 18 Jul 2026 04:05PM Dikemas Kini : 18 Jul 2026 04:07PM
ANKARA: Gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Malatya di timur Türkiye awal Sabtu (18 Jul), lapor Anadolu Ajansi yang menukil Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Menurut AFAD, gempa berlaku pada pukul 6.20 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa dikesan di daerah Battalgazi pada kedalaman 15.59 km.

Gegaran turut dirasai di wilayah berdekatan termasuk Elazig, Adiyaman, Tunceli dan Sanliurfa.

AFAD memaklumkan tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa setakat ini.

Menteri Alam Sekitar, Perbandaran dan Perubahan Iklim Murat Kurum menerusi platform media sosial Turkiye, NSosyal berkata: “Susulan gempa bumi di Battalgazi, setakat ini tiada sebarang perkembangan buruk dilaporkan, tetapi kami sedang menilai semua laporan yang diterima.”
 
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita