Gempa bumi 5.6 skala Richter gegarkan kepulauan Filipina
Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda rantau kepulauan Filipina pada pagi Isnin (8 Feb).
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda rantau kepulauan Filipina pada pagi Isnin (8 Feb).
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pada pukul 8.00 pagi itu berpusat di 189 kilometer (km) utara dari Pulau Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.