Gempa bumi 5.5 Richter gegarkan Seram di Indonesia
Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda pulau Seram, Indonesia pada pukul 3.36 petang tadi (3 Feb).

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)
KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda pulau Seram, Indonesia pada pukul 3.36 petang tadi (3 Feb).
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan hari ini (3 Feb) memaklumkan bahawa gempa dengan kedalaman 10 kilometer itu dilaporkan berlaku di 252 kilometer selatan dari Sorong, Indonesia.
Gempa bumi itu tidak mencetuskan sebarang ancaman tsunami setakat ini, menurut kenyataan itu lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.