Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 4.9 skala Richter musnahkan rumah, cederakan penduduk Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi 4.9 skala Richter musnahkan rumah, cederakan penduduk Indonesia

Seorang penduduk membersihkan serpihan dari dinding rumahnya yang rosak selepas gempa bumi kecil berukuran 4.9 magnitud di Adonara, Nusa Tenggara Timur pada 9 April 2026, merosakkan berpuluh-puluh rumah dan mencederakan beberapa orang, kata seorang pegawai. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 09 Apr 2026 04:43PM Dikemas Kini : 09 Apr 2026 04:50PM
MAUMERE: Gempa bumi kecil berukuran 4.9 magnitud melanda timur Indonesia semalaman, merosakkan berpuluh-puluh rumah dan mencederakan beberapa orang, kata seorang pegawai pada Khamis (9 Apr).

Gegaran itu berlaku pada kedalaman 10.4km, kira-kira 104km di timur Maumere, Nusa Tenggara Timur, sejurus sebelum tengah malam pada Rabu, menurut jabatan Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Dua buah kampung di pulau kecil Adonara mengalami impak terbesar, dengan lebih 100 buah rumah rosak dan sekurang-kurangnya 20 orang cedera, menurut pegawai tempatan Ismail Daton Ban.

Indonesia dan negara-negara jiran sering mengalami gempa bumi disebabkan kedudukan mereka di "Lingkaran Api" Pasifik.

Ia merupakan kawasan aktiviti seismik yang aktif yang merentasi dari Jepun ke Asia Tenggara dan sepanjang lautan Pasifik.

Gempa bumi berukuran 9.1 magnitud melanda wilayah Aceh paling barat pada tahun 2004, menyebabkan tsunami dan membunuh lebih 170,000 orang di Indonesia.

Gempa bumi cetek cenderung lebih merosakkan, dengan gelombang seismik bergerak jarak yang lebih pendek melalui tanah dan sampai ke permukaan dengan lebih banyak tenaga.
Sumber : AFP/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita