Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 4.8 magnitud landa kawasan dekat Tokyo

Gempa bumi berukuran 4.8 magnitud melanda wilayah Ibaraki, timur laut Tokyo, pada awal Khamis (17 Sep), dengan gegaran turut dirasai di ibu negara Jepun itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi 4.8 magnitud landa kawasan dekat Tokyo

Gempa bumi 4.8 magnitud melanda wilayah Ibaraki, Jepun pada awal Khamis (17 Sep). (Gambar: USGS)

Diterbitkan : 17 Sep 2026 09:46AM
TOKYO: Gempa bumi berukuran 4.8 magnitud melanda wilayah Ibaraki, timur laut Tokyo, pada awal Khamis (17 Sep), dengan gegaran turut dirasai di ibu negara Jepun itu.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa berlaku pada kira-kira 12.07 tengah malam waktu tempatan pada kedalaman sekitar 70 kilometer.

Gempa itu mencatatkan skala 3 pada skala intensiti seismik 0 hingga 7 Jepun.

Pusat gempa terletak pada latitud 36.1 darjah utara dan longitud 140.1 darjah timur.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita