Gempa bumi 4.1 Richter gegar Jawa Barat
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 4.1 pada skala Richter menggegarkan daerah Pangandaran di wilayah Jawa Barat sejurus selepas 12.10 tengah malam (8 Jan) waktu tempatan.
Tiada korban jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini.
Gempa bumi itu berpusat sekitar 125 kilometer dari barat daya Pangandaran pada kedalaman 10 kilometer, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.
Sepanjang beberapa tahun yang lalu, Pangandaran kerap digegarkan dengan gempa bumi.
Pada 25 Oktober 2020, gempa bumi 5.9 Richter melanda kawasan barat daya Jawa Barat, memusnahkan sebuah rumah di Kertaharja Hamlet di daerah Ciamis.
Gegaran itu turut dirasakan oleh ramai penduduk di beberapa kawasan di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Yogyakarta.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.