Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 4.7 Richter gegarkan bandar Tangshan, utara China

Gempa bumi sekuat 4.7 pada skala Richter melanda bandar Tangshan di utara China hari ini (12 Jul), menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), mengingatkan kembali kejadian gempa 1976 yang dahsyat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa bumi 4.7 Richter gegarkan bandar Tangshan, utara China
Diterbitkan : 12 Jul 2020 02:21PM Dikemas Kini : 12 Jul 2020 02:22PM

BEIJING: Gempa bumi sekuat 4.7 pada skala Richter melanda bandar Tangshan di utara China hari ini (12 Jul), menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), mengingatkan kembali kejadian gempa 1976 yang dahsyat.

Gegaran itu berlaku pada jam 6.38 pagi tadi, dengan kejadian berpusat di daerah kediaman pinggir bandar hanya di luar pusat bandar Tangshan, kira-kira 200 kilometer di sebelah timur Beijing.

Pihak berkuasa seismologi China meletakkan kekuatannya pada 5.1 dan menyatakan ia berlaku pada kedalaman 10 kilometer.

Tiada kerosakan akibat gempa itu dilaporkan biarpun ia turut menggegarkan Beijing.

Laporan media agensi Xinhua menyatakan kereta api penumpang yang melalui kawasan gempa berkenaan digantung sementara menunggu pemeriksaan prasarana kereta api untuk sebarang kerosakan.

"Saya masih rasa takut. Lagikan pula, ia gempa bumi pada 5.1 (skala Richter). Saya berusia 12 tahun ketika gempa di Tangshan berlaku pada 1976," kata penyambut tetamu di Hotel Tangjiashanhe menerusi panggilan telefon bersama AFP.

Pada 28 Julai 1976, Tangshan yang ketika itu sebuah bandar perlombongan arang batu dengan sekitar sejuta penduduk, musnah akibat gempa pada kekuatan 7.8 dan gempa susulan 7.1 sekitar 15 jam kemudian.

Kejadian itu menyebabkan 240,000 terbunuh meskipun dipercayai jumlah korban sepatutnya tidak didedahkan atas alasan politik. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita