Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa bumi 3.7 Richter landa Kundasang, Sabah

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada jarak 14 kilometer (km) barat laut Ranau, Sabah.

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter berlaku di Kundasang, Sabah, sekitar pukul 9.30 pagi tadi (26 Apr).

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada jarak 14 kilometer (km) barat laut Ranau, Sabah.

Menurut kenyataan tersebut, gempa yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer itu menyebabkan gegaran dirasakan di Ranau dan di Gunung Kinabalu.

Malim gunung, Joeythine Musin, 29 tahun, berkata beliau bersama beberapa pendaki sedang mula turun dari Gunung Kinabalu pagi ini apabila tiba-tiba mereka merasakan gegaran selama beberapa saat.

Beliau berkata gegaran itu bagaimanapun tidak menyebabkan kejadian tidak diingini seperti runtuhan batu-bata di gunung tersebut.

“Ya ada pendaki sama saya di sini. Atas gunung (Gunung Kinabalu) pun ada rasa (gegaran juga) tapi tiada batu jatuh. Rasa macam biasa saja dia orang (pendaki) bilang tadi,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Sementara itu, Ketua Stesen Panalaban, Taman Kinabalu, Julaimin Kamin berkata keadaan terkawal di pusat pemeriksaan Sayat-Sayat dan Kompleks Panalaban di Gunung Kinabalu. Beliau menambah tiada situasi kecemasan berlaku akibat gempa bumi itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sabah berkata sehingga kini, tiada panggilan kecemasan diterima daripada penduduk mengenai kejadian tersebut.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan