Gempa bermagnitud 5.5 landa barat daya Jepun
Gempa bumi dengan magnitud awal 5.5 melanda sebuah pulau terpencil di barat daya Jepun pada Khamis (3 Jul), menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Gempa bumi melanda sebuah pulau terpencil di barat daya Jepun pada 3 Julai 2025. (Gambar: CNA)
Pusat gempa bumi tersebut terletak di luar pesisir rantaian pulau Tokara di wilayah Kagoshima, hampir 1,200 kilometer (km) dari Tokyo, menurut agensi itu, sambil menambah bahawa amaran tsunami tidak dikeluarkan.
Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 20km, dengan intensiti seismik 'enam ke bawah' pada skala satu hingga tujuh Jepun di Pulau Akuseki, menurut agensi tersebut. Akuseki mempunyai populasi seramai 89 orang.
Menurut agensi tersebut lagi, intensiti tersebut diklasifikasikan sebagai tahap yang menjadikannya "sukar untuk berdiri".
Lebih daripada 1,000 gegaran dengan intensiti seismik satu atau lebih tinggi pada skala Jepun dikesan di sekitar rantaian pulau berkenaan antara 21 Jun dan 3 Julai, kata agensi itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.