Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 7.2 Richter gegar Kepulauan Kermadec, New Zealand

Anggaran Waktu Membaca:
WELLINGTON: Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter menggegarkan pantai timur laut New Zealand.

Demikian disahkan Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pihak berkuasa New Zealand sedang menjalankan siasatan sama ada ia mencetuskan sebarang amaran tsunami, menyusuli bencana gempa yang melanda itu.

Ia bagaimanapun menggesa semua penduduk yang tinggal berdekatan dengan pantai berkenaan supaya "berpindah serta-merta" daripada menunggu hasil semakan amaran tsunami, dipetik daripada agensi berita Times Now.

Gempa bumi berkenaan melanda sekitar pukul 12.42 tengah hari waktu tempatan.

Pusat gempa itu kelihatan berada di sekitar Kepulauan Kermadec, kira-kira 500 batu timur laut pantai New Zealand.

Tiada korban jiwa dilaporkan setakat ini, menurut agensi berita Times Now.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan