Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 7.5 Richter gegar timur Indonesia; 1 cedera & kerosakan kecil dilaporkan

Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan bahagian timur Indonesia pada Selasa (14 Dis), mencetuskan amaran tsunami dan menyebabkan ramai penduduk lari bertempiaran meninggalkan rumah mereka, menurut pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 7.5 Richter gegar timur Indonesia; 1 cedera & kerosakan kecil dilaporkan

Para penduduk pulau Flores berdiri di luar sebuah bangunan setelah gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan bahagian timur Indonesia pada 14 Disember 2021. (Gambar: YANUARIUS ARLINO WELIANTO / AFP)

Diterbitkan : 14 Dec 2021 05:23PM Dikemas Kini : 14 Dec 2021 05:29PM

JAKARTA: Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan bahagian timur Indonesia pada Selasa (14 Dis), mencetuskan amaran tsunami dan menyebabkan ramai penduduk lari bertempiaran meninggalkan rumah mereka meskipun hanya kerosakan kecil dan seorang individu cedera akibat bencana alam itu, menurut pihak berkuasa.

Amaran tsunami ditarik balik sekitar dua jam selepas gempa tersebut melanda sekitar 10.20 pagi waktu tempatan di Laut Flores, sekitar 112km dari barat laut bandar Larantuka, di bahagian timur Pulau Flores.

"Semua orang melarikan diri ke jalan raya," menurut Agustinus Florianus, penduduk bandar Maumere di Flores, kepada Reuters.

Maumere sebelum ini rosak binasa akibat gempa bumi yang sama hebatnya pada tahun 1992.

Amaran tsunami dikeluarkan di kawasan Maluku, Nusa Tenggara Timur, Nusa Tenggara Barat dan Sulawesi Tenggara serta Sulawesi Selatan.

Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat, gempa berukuran 7.5 pada skala Richter itu melanda pada kedalaman 12km.

Gempa tersebut bagaimanapun tidak mencetuskan sebarang kenaikan pada paras air laut.

Sebilangan gempa bumi di Indonesia menyebabkan tsunami yang membawa maut, khususnya pada 2004 di mana gempa berukuran 9.1 pada skala Richter yang melanda bahagian utara Sumatera mencetuskan gelombang besar tsunami yang meragut nyawa lebih 230,000 penduduk di Indonesia, Sri Lanka, India, Thailand dan sembilan negara lain. 

Sumber : CNA/FA/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan