Skip to main content

Dunia

Gempa 6.8 magnitud landa luar pantai Kepulauan Talaud, Indonesia

Gempa bermagnitud 6.8 melanda luar pantai Kepulauan Talaud, Indonesia pada Sabtu (10 Jan), menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).
Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 6.8 magnitud landa luar pantai Kepulauan Talaud, Indonesia
Gambar fail yang menunjukkan pasukan penyelamat membersihkan runtuhan di sebuah gereja selepas gempa bumi melanda Poso, Sulawesi Tengah, Indonesia. (Gambar: BPBD Sulawesi Tengah menerusi AP)
JAKARTA: Gempa bermagnitud 6.8 melanda luar pantai Kepulauan Talaud, Indonesia pada Sabtu (10 Jan), menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).

GFZ menyatakan bahawa gempa itu berlaku pada kedalaman 77km.

Agensi geofizik Indonesia, BMKG, pula melaporkan bacaan magnitud 7.1 pada kedalaman 17km. Agensi itu juga melaporkan beberapa gempa susulan berlaku selepas itu.

BMKG menyatakan bahawa gempa bumi tersebut tidak berpotensi untuk mencetuskan ombak tsunami.

Beberapa penduduk di Manado, yang terletak di hujung utara pulau Sulawesi, berkata gegaran dirasai dengan kuat di sana. Setakat ini, tiada laporan segera mengenai sebarang kerosakan.

Indonesia terletak di kawasan yang dipanggil "Lingkaran Api Pasifik", sebuah kawasan yang mempunyai aktiviti seismik yang tinggi di mana banyak plat tektonik bertemu, menyebabkan gempa bumi kerap berlaku.
Sumber : Reuters/NK/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita