Skip to main content

Dunia

Gempa 6.2 Richter gegar pantai timur Indonesia

Gempa bumi bermagnitud 6.2 pada skala Richter melanda pesisir timur Indonesia pada Jumaat (3 Jul), menurut agensi Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS). 

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 6.2 Richter gegar pantai timur Indonesia

Gempa bumi berlaku pada kedalaman 120 kilometer, kira-kira 58 kilometer dari barat Tobelo. (Gambar: USGS)

Diterbitkan : 03 Jul 2026 12:36PM
TERNATE: Gempa bumi bermagnitud 6.2 pada skala Richter melanda pesisir timur Indonesia pada Jumaat (3 Jul), menurut agensi Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Tiada laporan diterima berhubung kematian atau kerosakan menyusuli kejadian itu.

Gempa tersebut berlaku pada kedalaman 120 kilometer, kira-kira 58 kilometer dari barat Tobelo, di wilayah Maluku Utara, pada pukul 11.31 pagi waktu tempatan (2.31 GMT).

"Saya sedang duduk minum kopi di sebuah warung di tepi jalan apabila kerusi saya tiba-tiba bergoyang. Saya panik seketika kerana masih trauma dengan gempa bumi yang pernah berlaku sebelum ini," kata seorang penduduk Ternate, Umar Abbas, yang menetap kira-kira 114 kilometer dari pusat gempa, kepada AFP.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) memaklumkan, tiada ancaman tsunami menyusuli gempa tersebut.

Indonesia dan negara-negara jirannya kerap mengalami gempa bumi disebabkan oleh kedudukannya yang terletak di Lingkaran Gunung Berapi, iaitu kawasan yang mempunyai aktiviti seismik tinggi yang terbentang dari Jepun merentasi Asia Tenggara hingga ke Lautan Pasifik.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita