Gempa 6.2 Richter gegar Pangai, Tonga
HONG KONG: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter menggegar satu kawasan yang terletak 219 kilometer barat laut dari Pangai, Tonga pada 6.40 pagi (waktu tempatan) Khamis (27 Jan), menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Menurut Xinhua, pusat gempa itu berlaku pada kedalaman 14.5 kilometer dan pada awalnya ditentukan pada 19.1419 darjah selatan dan 176.3218 darjah barat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.