Skip to main content

Dunia

Gempa 6.1 Richter landa wilayah Balikesir, barat Turki

Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda daerah Sindirgi di wilayah Balikesir, barat Turki lewat Isnin malam (27 Okt), lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Penguasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 6.1 Richter landa wilayah Balikesir, barat Turki

Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda daerah Sindirgi di wilayah Balikesir, barat Turki pada 27 Oktober 2025. (Gambar: UGS)

ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda daerah Sindirgi di wilayah Balikesir, barat Turki lewat Isnin malam (27 Okt), lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Penguasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) negara itu.

Menurut AFAD, gempa tersebut berlaku pada pukul 10.48 malam waktu tempata pada kedalaman 5.99 kilometer dan gegarannya turut dirasai di wilayah sekitarnya termasuk Istanbul.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyampaikan ucapan takziah kepada mereka yang terjejas dan memaklumkan bahawa AFAD bersama agensi-agensi berkaitan sedang menjalankan pemeriksaan di lapangan serta memantau keadaan dengan teliti.

Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya memberitahu AA bahawa tiada kematian dilaporkan, namun dua individu cedera ringan akibat panik.

Beliau berkata pasukan teknikal sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik selepas berlaku gangguan di kawasan terjejas.

Encik Yerlikaya juga memaklumkan bahawa tiga bangunan kosong serta sebuah kedai setinggi dua tingkat yang sebelum ini rosak akibat gempa terdahulu runtuh, namun menegaskan tiada sesiapa berada di dalam struktur berkenaan.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita