Skip to main content

Dunia

Gempa 6.1 Richter landa tenggara Taiwan

Gempa bumi dengan kekuatan 6.1 magnitud melanda daerah pesisir tenggara Taiwan, Taitung, pada petang Rabu (24 Dis), menurut pentadbiran cuaca pulau itu.
Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 6.1 Richter landa tenggara Taiwan
Gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala Richter melanda Taiwan pada 24 Disember 2025. (Gambar: USGS)
TAIPEI: Gempa bumi dengan kekuatan 6.1 magnitud melanda daerah pesisir tenggara Taiwan, Taitung, pada petang Rabu (24 Dis), menurut pentadbiran cuaca pulau itu.

Gegaran turut dirasai bangunan-bangunan di Taipei. Gempa yang berlaku pada pukul 5.47 petang waktu tempatan itu mempunyai kedalaman 11.9 kilometer, menurut pentadbiran berkenaan.

Tiada laporan awal berhubung kerosakan di seluruh Taiwan, menurut Agensi Bomba Nasional.

Pembuat cip Taiwan, TSMC, menyatakan gempa tersebut tidak mencapai tahap yang memerlukan pemindahan kilang di seluruh pulau itu, yang terletak berhampiran dua plat tektonik dan terdedah kepada gempa bumi.

Beberapa kawasan termasuk Taipei, Kaohsiung, Taichung dan Tainan diberikan amaran, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat. Keamatan gempa itu diukur pada tahap empat daripada skala keamatan tujuh peringkat Taiwan di daerah Hualien dan Pingtung.

Taiwan terletak berhampiran dengan tempat di mana dua plat tektonik bertemu dan terdedah kepada gempa bumi.

Lebih 100 orang terbunuh dalam satu gempa di selatan Taiwan pada 2016, manakala gempa bermagnitud 7.3 pada 1999 mengorbankan lebih 2,000 orang.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita