Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 6.1 magnitud landa kepulauan Filipina

Gegaran di Teluk Moro turut dirasakan di bandar-bandar berhampiran di Cotabato, General Santos, Davao dan Kidapawan di Pulau Mindanao.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 6.1 magnitud landa kepulauan Filipina

Gempa di Teluk Moro, Filipina pada 13 Ogos 2022. (Gambar: USGS)

MANILA: Gempa dengan magnitud 6.1 melanda Teluk Moro di daerah Mindanao di Filiina pada Sabtu (13 Ogos).

Demikian menurut Pusat Seismologi Mediterranean Eropah.

Gempa itu mencatat kedalaman 10 kilometer (km), lapor Reuters.

Dalam laporan Xinhua, gegaran itu turut dirasakan di bandar-bandar berhampiran di Cotabato, General Santos, Davao dan Kidapawan di Pulau Mindanao.

Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina menyatakan gempa tektonik itu akan mencetus gempa susulan, namun tidak akan menyebabkan kerosakan.

Filipina kerap dilanda kegiatan seismik disebabkan lokasinya di "Lingkaran Gunung Berapi" Pasifik.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan