Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 6.0 skala Richter goncangkan utara Filipina

Anggaran Waktu Membaca:
MANILA: Gempa bumi dengan 6.0 magnitud menggoncangkan wilayah Cagayan di utara Filipina sebelum waktu subuh pada Jumaat (1 Jul), menurut Institut Volkanologi dan Seismologi negara itu.

Gegaran juga boleh dirasakan di wilayah-wilayah berhampiran, termasuk Apayao dan Ilocos Sur di pulau utama Luzon.

Institut tersebut menyatakan gempa yang berlaku pada pukul 2.40 pagi waktu tempatan itu mencatat kedalaman 27 kilometer, kira-kira 27 kilometer dari tenggara Pulau Dalupiri di bandar Calayan, lapor Xinhua.

Menurut institut itu lagi, gempa bumi tektonik akan mencetuskan gegaran susulan tetapi tidak boleh menyebabkan kerosakan.

Filipina kerap mengalami kegiatan seismik disebabkan kedudukannya yang terletak di lingkaran gunung berapi Pasifik.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan