Skip to main content

Dunia

Gempa 6.8 Richter gegar timur laut Jepun; tiada amaran tsunami

Gempa bumi sekuat 6.8 pada skala Richter menggegarkan kawasan pantai timur laut Jepun hari ini (1 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 6.8 Richter gegar timur laut Jepun; tiada amaran tsunami

Kenderaan di Minamisanriku, Wilayah Miyagi di timur laut Jepun. (Gambar: AP Photo/Eugene Hoshiko)

Diterbitkan : 01 May 2021 11:15AM Dikemas Kini : 01 May 2021 11:17AM

TOKYO: Gempa bumi sekuat 6.8 pada skala Richter menggegarkan kawasan pantai timur laut Jepun hari ini (1 Mei).

Namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut pihak berkuasa Jepun dan Amerika Syarikat dan tiada kerosakan dilaporkan.

Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyatakan gempa itu melanda pada kedalaman 47 kilometer di Pasifik, Ishinomaki, di wilayah Miyagi - berdekatan pusat gempa pada 2011 yang mencetuskan tsunami dan lebih 18,000 orang terkorban.

USGS dan agensi kaji cuaca Jepun menyatakan tiada risiko tsunami menyusuli gempa tersebut, yang menyebabkan gegaran kuat di beberapa bahagian pantai timur dan gegarannya turut dirasakan di Tokyo.

Stesen penyiar NHK melaporkan tiada aduan tentang sebarang kerosakan.

Jepun terletak di Lingkaran Gunung Berapi Pasifik, iaitu lengkok aktiviti gempa yang kuat sepanjang Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita