Gempa 6.3 Richter gegarkan Padang, Indonesia
Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean bagaimanapun menurunkan magnitud gempa itu kepada 5.8 pada skala Richter.

Rakaman saksi menunjukkan orang ramai dipindahkan di bandar Padang, Indonesia. (Gambar: Reuters/Wahab Zulfikar)
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.3 pada Skala Richter menggegarkan wilayah Sumatera Barat, Indonesia hari ini (17 Nov), menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia dalam catatannya di Twitter.
Menurut agensi tersebut, tiada amaran tsunami dikeluarkan bagi gempa yang melanda lebih 100 kilometer dari darat dan pada kedalaman 10 kilometer itu.
Rakaman video yang dikongsi oleh para saksi menunjukkan ramai orang dipindahkan dari Hotel Grand Inna di bandar Padang menyusuli gempa tersebut.
Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean bagaimanapun menurunkan magnitud gempa itu kepada 5.8 pada skala Richter.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.