Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 6.2 Richter landa dekat Aceh

Gempa kuat menggoncang barat laut Indonesia pada Selasa (7 Jan) tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan. Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan sejauh ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 6.2 Richter landa dekat Aceh

Pusat gempa di barat daya wilayah Aceh. (Gambar: USGS)

Diterbitkan : 07 Jan 2020 03:58PM Dikemas Kini : 07 Jan 2020 04:01PM

BANDA ACEH: Gempa kuat menggoncang barat laut Indonesia pada Selasa (7 Jan) tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan. Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan sejauh ini.

Gempa sekuat 6.2 Richter dan sedalam 20 kilometer itu melanda kawasan pantai pulau Simeulue, barat Sumatera, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Jabatan kaji cuaca Indonesia mengesahkan tiada ancaman tsunami dikesan.

Orang ramai dalam keadaan cemas berlari keluar dari rumah mereka apabila gempa melanda.

"Kami sedang memantau pergerakan air laut di pantai," kata seorang penduduk Simeulue, Encik Ahmadi, kepada AFP.

Indonesia kerap mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi kerana ia berada dalam "Lingkaran Api" Pasifik, akibat pergeseran plat tektonik.

Lebih 2,000 orang mati dan lagi 1,000 dilaporkan hilang sejak 2018 selepas gempa sekuat 7.5 Richter dan tsunami yang menyusul di pulau Sulawesi.

Gempa Bumi sekuat 9.1 Richter pada 'Boxing Day' pada 2004 yang melanda wilayah Aceh, mencetuskan tsunami yang meragut nyawa lebih 170,000 orang di Indonesia sahaja.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan