Gempa 5.9 Richter landa utara Laut Maluku, Indonesia
(Gambar hiasan: Frederick Florin/AFP)
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter dikesan berlaku di utara Laut Maluku, Indonesia pada pukul 6.21 petang Jumaat (21 Apr).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 161 kilometer selatan dari Pulau Talaud, Indonesia pada kedalaman 80 kilometer.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.