Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 5.8 Richter gegar New Zealand

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 5.8 Richter gegar New Zealand

(Gambar: USGS)

Diterbitkan : 22 Sep 2022 06:59PM Dikemas Kini : 22 Sep 2022 06:59PM

NEW ZEALAND: Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter menggegarkan pantai pulau selatan New Zealand. 

Menurut institut kajian GNS Science, gempa berlaku pada pukul 9.07 malam (waktu tempatan), sekitar 30 kilometer dari timur laut anak sungai French Pass pada kedalaman kira-kira 51 kilometer. 

Gempa itu dirasakan oleh lebih 44,500 penduduk di seluruh bahagian tengah negara tersebut menjelang 9.50 malam, menurut laman web GeoNet, dengan 44 daripada mereka melaporkan terdapat gegaran "dahsyat".

Seorang jurucakap Jabatan Kebakaran dan Kecemasan yang berpangkalan di Wellington merasai gegaran itu dan berkata "ia sangat kuat sebelum mereda secara beransur-ansur". 

Pihak berkuasa menyatakan gempa itu berlaku selama sekitar seminit. 

"Gempa itu mungkin juga dialami di Opotiki, Tauranga, Te Aroha, Te Kaha, Thames, Whakaari/White Island, Whakatane, Whangamata, Whitianga dan daerah-daerah sekitar," menurut GeoNet. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa