Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 5.8 Richter gegar Maluku di Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 5.8 Richter gegar Maluku di Indonesia

Gempa bumi dengan magnitud 5.8 menggegarkan wilayah Maluku Barat Daya awal pagi Sabtu, namun tidak mencetuskan sebarang amaran tsunami.

Diterbitkan : 10 May 2025 12:40PM Dikemas Kini : 10 May 2025 12:43PM
MALUKU: Gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter menggegarkan wilayah Maluku awal pagi Sabtu (10 Mei), namun tidak mencetuskan sebarang amaran tsunami, lapor Sinar Harian.

Menurut laporan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, gempa tersebut berlaku pada pukul 4.26 pagi waktu tempatan.

“Bagaimanapun, gempa ini tidak berpotensi menyebabkan tsunami dan sehingga kini belum ada laporan mengenai kerosakan atau korban jiwa akibat kejadian tersebut, menurut laporan Sinar Harian.

“Penduduk di kawasan berdekatan disarankan kekal bertenang dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” menurut kenyataan agensi itu pada Sabtu (10 Mei).

Indonesia terletak dalam kawasan Lingkaran Gunung Berapi Pasifik, iaitu zon gempa bumi dan letusan gunung berapi paling aktif di dunia.

Negara itu kerap mengalami gegaran, sama ada berskala kecil atau besar, yang boleh mengakibatkan kerosakan besar dan kehilangan nyawa.

Pihak berkuasa masih menjalankan pemantauan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini kepada orang awam dari semasa ke semasa, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, tiada sebarang arahan pemindahan dikeluarkan setakat ini, namun agensi pengurusan bencana tempatan kekal dalam keadaan bersiap siaga sekiranya diperlukan.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan