Skip to main content

Dunia

Gempa 5.7 Richter gegar bahagian selatan Sumatera

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 5.7 Richter gegar bahagian selatan Sumatera

Gambar: Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC)

Diterbitkan : 20 Jul 2022 09:34AM
INDONESIA: Gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter menggegarkan kawasan selatan Sumatera di Indonesia, menurut Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) pada Rabu (20 Jul).

Menurut EMSC, gempa itu melanda pada kedalaman 60 kilometer.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia menyatakan bahawa gempa bumi itu dirasai paling kuat di Kota Bengkulu, Kepahiang dan Bengkulu Utara.

Indonesia kerap mengalami aktiviti seismik disebabkan oleh kedudukannya dalam "Lingkaran Gunung Berapi Pasifik" di mana plat tektonik bertembung.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita