Skip to main content

Dunia

Gempa 5.6 Richter landa Taiwan

Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan luar pantai daerah timur laut Yilan di Taiwan pada Selasa (24 Feb), menurut agensi kaji cuaca Taiwan, dengan tiada kerosakan dilaporkan.
Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 5.6 Richter landa Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan luar pantai daerah timur laut Yilan di Taiwan. (Imej: USPS)
Diterbitkan : 24 Feb 2026 02:46PM
TAIPEI: Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan luar pantai daerah timur laut Yilan di Taiwan pada Selasa (24 Feb), menurut agensi kaji cuaca Taiwan, dengan tiada kerosakan dilaporkan.

Gempa itu menggegarkan bangunan di ibu kota, Taipei.

Gempa bumi itu melanda pada kedalaman 66.8 kilometer, menurut agensi tersebut.

Jabatan Bomba Taiwan menyatakan pusat gempa terletak 16.9 kilometer dari kawasan pemerintah daerah dan berada dalam kawasan perairan.

Taiwan terletak berhampiran persimpangan antara dua plat tektonik dan lebih mudah terdedah kepada gempa bumi.

Lebih 100 orang terbunuh dalam gempa bumi di selatan Taiwan pada 2026, manakala gempa sekuat 7.3 magnitud mengorbankan lebih 2,000 orang pada 1999.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita