Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa 5.6 Richter landa Nepal, gegaran dirasa di New Delhi

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa 5.6 Richter landa Nepal, gegaran dirasa di New Delhi

(Tangkapan skrin: USGS)

Diterbitkan : 24 Jan 2023 07:06PM Dikemas Kini : 24 Jan 2023 07:06PM
KATHMANDU: Gempa bumi 5.6 pada skala Richter menggegarkan Nepal pada Selasa (24 Jan). Ia sekali gus merosakkan beberapa buah rumah dan menyebabkan gegaran juga dirasakan di ibu negara India, New Delhi.

Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut melanda pada kedalaman 25 kilometer, kira-kira 63 kilometer ke barat laut daerah Jumla Nepal, lebih 300 kilometer dari ibu negara, Kathmandu.

Tiada laporan segera mengenai sebarang mangsa, lapor Reuters.

Tiga buah rumah di Bajura mengalami kerosakan, menurut Surya Thapa, seorang pegawai polis daerah.

Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC) menyatakan sebelum ini bahawa gempa tersebut 5.4 pada skala Richter.
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa