Gempa 5.6 Richter gegar Sumatera Selatan
(Gambar: Pedro Pardo/AFP)
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia pada pukul 10.12 malam, Isnin (14 Mac).
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 61 kilometer itu berlaku pada jarak 118 kilometer barat laut dari Siberut, Indonesia.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami.
Awal pagi semalam pula, wilayah Sumatera Barat digegarkan dengan gempa kuat 6.7 Richter di barat kota Pariaman.
Gempa itu disusuli dengan beberapa gegaran lagi, menurut agensi geofizik Indonesia.
BACA:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.