Gempa 5.6 magnitud gegar Aceh
Gempa bumi di Aceh bagaimanapun tidak memberi sebarang risiko tsunami.
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Ritcher menggegarkan wilayah Aceh di Pulau Sumatera, pada pukul 10.03 pagi, waktu Indonesia Barat, Ahad (31 Jul).
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia memaklumkan pusat gempa berada 44 kilometer (km) di aras laut barat daya Calang-Aceh Jaya pada kedalaman 56 km.
Dalam satu kenyataan, BMKG menyatakan tiada risiko tsunami.
Gegaran turut dirasai di Aceh Besar, Banda Aceh, Aceh Jaya, Nagan Raya, Bener Meriah dan Pidie Jaya.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.